CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

November 13, 2012

NOVEL BARU UNTUK DIJUAL

SEMANIS CINTA SEMALAM ~ ANNUR PUTERI
RM18 (BUKU BARU)

Sinopsis:
 
Kemiskinan merencat banyak perkara dalam hidup Adli membuatkan dia memasang angan-angan untuk mengubah nasib keluarga. Salam cinta yang dihulur Yon tidak mampu Adli sambut sewajarnya membuatkan Yon terluka dan mengundur diri. Hadir Syariza mengubat lara di hati. Kehadiran Yon pada saat kejayaan, mengundang persepsi negatif Syariza terhadap cinta Adli. Tergugahkah cinta Adli terhadap Syariza atau Yon hanya masa lalu baginya?

NOVEL BARU UNTUK DIJUAL

JUJUR AKU SETIA ~ EKA FAHARA
RM25 (BUKU BARU)

 
Sinopsis:
 
PULANGNYA Raniya dari London ke Malaysia hanya untuk merawat hati. Di rumah tok wan dan tok mama dia menumpang kasih. Dia mahu melupakan sejarah cinta yang tidak kesampaian. Namun, hidupnya jadi haru-biru apabila Hardy cuba merampas kasih sayangnya terhadap kedua-dua orang tua itu. Bertekak siang malam dan bermasam muka untuk menentukan siapa yang berhak menjaga mereka sudah menjadi mainan hidup. Tanpa sedar, ada perasaan halus berputik di hati masing-masing.

Bunga-bunga cinta mula berkembang. Apabila berjauhan, seorang merindu dan seorang lagi menanti kepulangan. Ah, itu cuma mainan perasaan! Mana mungkin mereka jatuh cinta? Makin cuba ditepis perasaan kasih, makin ia bercambah di jiwa. Hardy akur, dia juga pernah putus cinta. Untuk menambat hati Raniya bukannya mudah. Gadis itu jinak-jinak merpati. Luaran nampak lembut, tetapi dalaman sangat keras hati. Kelu lidah Raniya untuk berbicara tatkala lelaki itu berani mengucapkan kata sayang kepadanya. Dia boleh terima ucapan keramat itu, tetapi siapa Fasya di hati Hardy?

 

NOVEL BARU UNTUK DIJUAL

Duka Bersulam Rindu ~ Ameera Ameer
RM23 (Buku Baru)

Sinopsis:

Kahwin lari? Walaupun bukan itu yang mereka inginkan tetapi kerana halangan orang tua dan desakan hati memaksa Arissa Saffiya dan Mohd Idzhar Hakimi menyeberangi sempadan demi satu ikatan. Namun ikatan yang dibina hanya mampu bertahan selama 5 bulan apabila dipisahkan kerana keegoan Tan Sri Ariffin. Namun kerana cinta yang masih mendalam dan demi satu ikatan Mohd Idzhar Hakimi terus memburu cinta Arissa Saffiya walau apa pun halangannya.

November 6, 2012

An Ethnic Restaurant in Sibu

Payung Cafe
(Behind Kingwood Hotel Jln Lanang)
 
Day Times
Night Scene
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Payung Mahkota
(2nd Outlet at G/F of Orchid Hotel Sibu)