CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

September 4, 2012

Awas! Bila Hati Dah Sayang ~ TINTA BIRU
RM 23 (Buku Baru)

Sinopsis
Cinta hadir tanpa diundang. Sekeras mana pun kita cuba menolak namun perasaan itu tetap hadir dalam diri. Ikram nekad tidak mahu jatuh cinta lagi setelah kecewa dengan cinta pertamanya. Kehadiran Syafiqah berjaya membuka hatinya, namun ego membatasi segalanya. Dalam diam dia jatuh cinta, namun sukar melafazkan kata indah itu. Hanya gurauan menjadi pembual bicara.

            “Duduk dalam bilik aircond pun rasa panas ke? Ni kulit orang ke kulit buaya ni? Pelik betul. Macamlah kau sorang  je yang putih. Aku pun putih juga tapi tak ada merah macam kau pun. Orang kata, kalau muka kita tiba-tiba merah bila berdepan dengan seseorang, tu tandanya kita sukakan orang tu. Itu kata oranglah, aku tak kata. Kau suka kat aku ke?” - Ikram

            Gurauan demi gurauan membuatkan hati wanita Syafiqah sering terusik. Dia turut mempunyai rasa yang sama namun cuba menepisnya. Bagi Syafiqah, cintanya hanya milik Khairil, teman sewaktu zaman persekolahannya meskipun Khairil sedikitpun tidak mempunyai perasaan terhadapnya.

            Keadaan semakin keruh dengan kehadiran Amalina, bekas kekasih Ikram yang kembali menagih cintanya. Begitu juga dengan kehadiran Khairil yang mula menyimpan perasaan pada Syafiqah. Sedangkan itulah gadis yang amat dibencinya pada suatu ketika dahulu.

            “Bakal isteri!!! Baru bakal isteri tapi kau dah nak berlagak. Kalau dia bini kau sekalipun bro,  aku tetap akan rampas dia dari kau. Aku tak pernah jatuh cinta, dan sekali aku jatuh cinta selamanya aku akan menyintai dia!!!” - Khairil.

            Perasaan cemburu dan syak wasangka seringkali menjadi permainan. Pelbagai konflik mula timbul dan menjadi rencah dalam kehidupan mereka. Apakah kesudahan cinta mereka? Berjayakah Amalina memiliki semula Ikram? Dapatkah Khairil memikat hati Syafiqah? Dan apakah pengakhiran hubungan Ikram dan Syafiqah?


Curi-curi Suka ~ Liyana Zahim
RM20 (Buku Baru)

Sinopsis
WALAUPUN dibuang ibu dan kakak kandung, Wisya tabah berdepan dengan apa jua rintangan. Dengan titik peluh sendiri dan sokongan kawan-kawan, dia Berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat ijazah. Insiden jatuh tangga di perpustakaan membuatkan dia malu bertahun-tahun. Apatah lagi disaksikan pula senior bernama Daniel dan Ezroy yang langsung tidak pernah dikenalinya. Sejak detik itu, dia asyik terserempak dengan mereka. Daniel suka menyapa. Ezroy pula suka memerli. Rimas dia dibuatnya!

Malapetaka makin menjadi-jadi apabila pada cuti semester itu dia bekerja sementara sebagai guru tuisyen di sebuah rumah. Ruparupanya rumah itu kediaman keluarga Ezroy! Berdepan dengan lelaki itu memang menyakitkan hati. Ada sahaja yang hendak digaduhkan. Berbeza betul dengan kembar lelaki itu. Ezril berbudi bahasa dan baik pekertinya. Dalam diam, dia curi-curi suka pada seseorang. Entah siapalah yang telah mencuri hatinya. Alangkah indahnya perasaan apabila yang dicintai itu juga mencintai.
Tetapi mengapa setiap orang yang dia sayangi seakan-akan menjauh? Bagai ditakdirkan tiada sesiapa yang berhak dikasihinya.