CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

May 25, 2012

BUKAN AKU TAK CINTA ~ QASH IRDINA
RM22 - Buku Baru

Sinopsis:
Tengku Dania dan Zaharul Ashriq, ditemukan dalam situasi yang masing-masing tidak menduga. Pertemuan demi pertemuan itu buat hati saling terpaut. Buat perasaan saling terikat. Namun, jodoh Zaharul Ashriq sudah ditetapkan. Dia mahu dijodohkan dengan Elinawati Maria, anak kenalan ibunya. Seboleh mungkin dia membantah. Tapi, setegas itu juga ibunya memaksa.

“Awak sanggup buat apa saja untuk saya tak? Untuk cinta kita.”

Ya. Demi cintanya buat Zaharul Ashriq, Tengku Dania rela menjadi orang gaji di rumah kekasih sendiri. Tujuannya hanya satu. Hanya mahu mengambil hati kedua-dua ibu bapa Zaharul Ashriq sekali gus kesemua keluarga lelaki itu.

Saat hubungan semakin mekar mewangi, badai datang melanda. Farah Diana wujud menjadi dalangnya. Pinangan Zaharul Ashriq terpaksa ditolak Tengku Dania. Dia dibuang keluarga. Dia dibenci Zaharul Ashriq. Dia hilang segalanya sekelip mata.

“Saya cintakan awak sepenuh hati saya. Saya rela awak bencikan saya. Saya rela kalau awak tak cintakan saya lagi. Saya rela kalau awak tak mahu pandang wajah saya lagi. Tapi, jangan tinggalkan saya.”

Mampukah Tengku Dania menghadapi dugaan yang melanda? Siapa sebenarnya Farah Diana? Atas alasan apa Tengku Dania terpaksa menolak pinangan Zaharul Ashriq? Mampukah Tengku Dania kembali ke pangkuan keluarganya? Mungkin, inilah aturan Tuhan buatnya. Menjauh, bukan bermakna tidak sayang.


May 22, 2012

Beli mana mana 3 buah novels di bawah sekarang, ada 10% Diskaun. Sesiapa berminat boleh PM Saya atau SMS saya di talian 0168528442 & 0168881780.......

Datin Moon oleh Amelly ann Kising - RM8
Pergimu Membawa Luka oleh Norhakimah Mohd Nor (Rhythm) - RM8
Perjalanan Masa oleh Yanafadimah Yahya (Rhythm) - RM5
Titis-Titis Gerimis oleh Ismail Azman Omar (Rhythm) - RM6
Dendam Semalam oleh Zaifuzaman Ahmad (Alaf 21) - RM10
Penghujung Rindu oleh S. Hawa (Alaf 21) - RM8
Semusim Rindu oleh Aleya Anessa (Alaf 21) - RM15 - SOLD
Cinta Najla oleh Shahriah Abdullah (Buku Prima) - RM15
Pasrah Kasih oleh Mazia Harris (Alaf 21) ~ RM17 - Buku Baru
Rindu Tanpa Kata ~ Ain Marissa (SR Publications) ~ RM25 Buku Baru
Anakmu Anakku Jua ~ Anarif (Kaki Novel) ~ RM23 Buku Baru
Hadirnya Dia ~ Eizda Amani (Fajar Pakeer) ~ RM20 Buku Baru
Tiada Sepertimu ~ Anita Aruszi (Kaki Novel) ~ RM25
Jodoh Atau Cinta ~ iman Nizrina (Kaki Novel) ~ RM18
Usai Aku Terima Nikahnya ~ Umie Nadzimah (Karya Seni) ~ RM20
Sesuci Kasih Seorang Isteri ~ Dzie Tyea (Kaki Novel) ~ RM19
Pabila Cinta Memanggilku ~ Syamnuriezmil (Karya Seni) ~ RM22 Buku Baru
Untuk Sekali Lagi ~ Azilah Wahab (Alaf 21) ~ RM24 Buku Baru
Pencuri Cinta ~ Aini Effariza (Buku Prima) ~ RM20 Buku baru
Mencari jalan Ke Syurga ~ Hasliza Ismail (Kaki Novel) ~ RM18
Diam Diam Rindu ~ Syahirah Ibrahim (Buku Prima) ~ RM23 Buku Baru
Tiada Dua ~ Nurfaza Alisya (Fajar Pakeer) RM23 Buku Baru

Bukan Aku Tak Cinta ~ Qash Irdina (Fajar Pakeer) RM22 Buku Baru
Aduhai Cinta ~ Samsiah Mohd Nor (Alaf 21) RM24 Buku Baru - SOLD
Cukup Sekadar Dirimu ~ Aireen Erina (Alaf 21) RM23 Buku Baru - SOLD
Aku Yang Kau Cinta ~ Muna Mahira (Alaf 21) RM23 Buku Baru

Aku Pilih Dia ~ Hezzy Azra (Alaf 21) RM22 Buku Baru - SOLD
Kemarau Kasih ~ Ida Riyana (Fajar Pakeer) RM23 Buku Baru

May 10, 2012


CALON SUAMI UNTUK ADIK ~ AREILA SAHIMI
RM20 (Buku Baru) - SOLD

Sinopsis:-

Calon Jodoh Untuk Adik membawa kisah keluarga Arissa yang penuh dengan drama, kalah Drama Minggu Ini! Azmer yang terpaksa menggalas tanggungjawab besar sebagai ketua keluarga setelah kematian orang tua mereka inginkan yang terbaik buat adik bongsunya, Arissa. Sementelah nyawanya tidak panjang akibat penyakit yang dideritainya. Bagi Arina pula, dia mahukan adiknya, Arissa berkahwin dengan orang yang berpangkat supaya hidup terjamin di masa hadapan.

Kisah bermula apabila Khairil Izlan (Ee) terheret ke dalam rancangan Azmer. ‘Mengangkat’ Arissa yang sudah besar panjang itu untuk menjadi adik, adalah sesuatu yang langsung tidak masuk akal. Khairil Izlan dan Arissa pun bukan boleh bertentang mata. Pendek kata, pantang berjumpa pasti meletus perang dunia! Mengenangkan itu adalah wasiat terakhir Azmer merangkap rakan baiknya, Khairil Izlan terpaksa akur dalam tak relanya itu. Menjadi abang kepada Arissa bukanlah mudah. Budak tu bukan boleh ditegur. Pantang ditegur ada sahaja ‘tembakan peluru torpedo’ yang keluar dari mulutnya. Berbisa dan pedas. Sabar Ee…. Bersabar itu separuh daripada iman.

Arissa pula… sumpah! Hidup dia jadi tak tentu arah apabila Abang Azmer menyahut panggilan Ilahi. Pulak tu wajib menerima Abang Ee sebagai abang angkat. Memang dia mengamuk tahap gaban ketika itu. Abang Ee nak gantikan tempat Abang Azmer? Huh! Kirim salamlah awal-awal! Jangan harap dia terima Abang Ee! Tetapi, lama-lama dia boleh terima kehadiran Abang Ee apabila lelaki itu sering menolongnya sama seperti arwah Abang Azmer yang sentiasa berada di sisi Arissa apabila dia memerlukan seseorang dalam kehidupannya. Abang Ee taklah seteruk yang disangka. Abang Ee baik sebenarnya.

Arina pula mula tak sedap hati. Dia dah ada calon untuk digandingkan dengan Arissa. Fariz, berjawatan besar… sudah tentulah gajinya pun besar. Memang sesuai sangat untuk disatukan dengan Arissa. Cuma Arissa aje yang macam tak berkenan apabila kakaknya itu cuba kenenkan dirinya dengan Fariz. Tapi, dia cuba berkawan dengan Fariz dulu. Ambil hati Kak Ina yang bersusah payah carikan calon untuk dirinya. Terus terang, Arissa cuma perlukan abang aje dan tak mahu ada ‘kakak’ yang lain. Cukuplah ada Kak Ina, tak perlu ada Kak Maisarah. Sakitnya hati bila Abang Ee berbaikbaik semula dengan Kak Maisarah kerana dia tahu, sekarang ini hatinya sudah jatuh sayang pada Abang Ee. Habis tu, Fariz macam mana? Takkan akibat sering putus cinta, ada hati nak ‘madukan’ mereka berdua? Abang Ee dan Fariz hidup bermadu? Oh! Hati Arissa sudah gila