CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

April 24, 2012

TUAN RUMAH PEMBANTU RUMAH ~ ORKID EDYLIYNE
RM18 SOLD


Sinopsis:
"Saya tak ada alasan. Saya tak boleh nak elak. Dah saya rasa macam tu, nak buat macam mana. Awak ingat, hati manusia ni boleh dikawal ke? Ada remote control untuk on, off... Hmm?”

Kata orang, jangan terlampau membenci, nanti akhirnya cinta yang akan diperolehi. Jangan terlampau percaya, nanti merana jiwa.

Sungguh Emir Jihan tidak mengerti, mengapa daripada usikan boleh lahirnya satu rasa yang cukup pelik dalam hatinya. Kenapa sebelum itu, dia tidak pernah rasakan perasaan yang sehebat itu menampar dadanya? Dia jadi bertambah haru jika sehari tidak melihat wajah itu menjadi merah menyala.

Intan Asha Areen, entah dari mana datangnya. Identiti gadis itu langsung tidak diketahui. Hanya yang pasti, dia maid baru dalam vila keluarga Emir Jihan. Dia membawa gayanya tersendiri, mampu menarik hati semua penghuni vila.

Ada rasa yang berbeza timbul dalam diri Emir Jihan dan Intan Asha Areen. Tapi, apa? Adakah rasa itu boleh dipanggil cinta? Kedua-duanya bingung untuk merungkaikannya. Apa yang pasti, kedua-duanya dalam usaha untuk mengerti. Namun, mampukan ia dimengertikan dengan munculnya Taufeeq Badree dan Hanni? Juga krisis identiti Indrian Dani yang mencurigakan.

Akan bersatukah rasa yang bermain di hati Emir Jihan dan Intan Asha Areen? Akan mengertikah mereka berdua dengan perasaan masing-masing? Siapa pula Taufeeq Badri dan Hanni? Krisis identiti Indrian Dani akan dirungkaikah? Adakah tuan rumah dan pembantu rumah bisa mengangkat bendera putih dan mengumumkan kedamaian serta menrungkai semua yang terjadi?

April 23, 2012

LOVIN' YOU ~ HARUNO HANA
RM15 SOLD


Sinopsis:
Kira yang digelar ‘putera’ di sekolahnya bersikap dingin kerana memendam perasaan akibat cita-citanya untuk menjadi pemain piano profesional telah ditentang habis-habisan oleh ayahnya. keluarganya.

Perjalanan hidup Kira berubah dengan kehadiran Kotomi. Kotomilah satu-satunya gadis yang berani memarahinya dan membuka matanya tentang warna-warni kehidupan di dunia ini. Dengan dorongan dan sokongan yang diberikan, Kira mula membuka hatinya terhadap kemanisan hidup bercinta dan keindahan melodi simfoni yang beralun dari piano.

Namun… kecelakaan yang menimpa Kira telah mengubah kisah mereka berdua.



Ayahnya mahukan dia meneruskan legasi perniagaan keluarga mereka yang berkembang pesat di seluruh dunia. Kira hampa kerana mendiang datuknya yang mencintai muzik pernah membe...rikan galakan kepadanya untuk bermain piano. 


Sementelah, kawan karibnya sejak kecil iaitu Setsuna telah berjaya menjadi bintang pujaan ramai dan mendapat sokongan padu daripada

Bagaimanakah mereka mengharungi badai takdir yang menghempas mereka? Berjayakah mereka mengharunginya bersama-sama?
HANYA KAU YANG TAHU ~ KAMSIAH ABU
RM18 SOLD

Sinopsis:
Demi kasih sayang seorang anak pada ayahnya, Farah rela berpura-pura menjadi kekasih terbaharu Daniel Harith agar ayahnya tidak dipenjarakan oleh majikannya itu. 


Itu juga peluang keemasan yang diguna oleh Daniel Harith, tokoh korporat muda yang terkenal dengan imej "Romeo" untuk melepaskan dirinya dari Munirah Samad.
 

Dilema dihati Farah menjadi bertambah parah apabila impiannya untuk membina bahagia bersama kekasihnya Rizal menemui jalan 
buntu. 


Hanya Kau Yang Tahu akan dapat menyingkap semula rahsia yang seolah - olah memenjarakan Farah dalam penderitaan yang entah bila akn berakhir.

April 14, 2012

PANGGIL AKU KIAH ~ LIZA NUR
SOLD

SINOPSIS:
Perbezaan darjat melalui kekayaan menyebabkan Kiah memandang rendah pada Hud, pekerja kesayangan papanya. Hud yang berkhidmat sebagai pemandu tidak pernah menurut kemahuan Kiah seperti pekerja-pekerja papa yang lain. Kejujuran Hud membuatkan Kiah membencinya.

Dalam tak disangka, Hud telah menjadi penyelamat maruah Kiah sewaktu hampir-hampir dinodai teman lelakinya, Reza. Hud juga yang menolong Kiah di saat dia dihalau keluar dari rumah oleh ibunya. Bermula dari detik itu, dia belajar erti kesusahan dan kemanusian yang selama ini tidak pernah menjengah ke dalam kotak fikirannya.

Adakah Kiah mencintai Hud? Mampukah si hidung tinggi seperti Kiah meninggalkan Prada dan Gucci yang sudah sebati dengan darahnya?

April 9, 2012

DIAM DIAM RINDU ~ SYAHIRAH IBRAHIM


Sinopsis:

Bertahun-tahun dia menanti ibu memaafkan kesalahan yang bukannya berpunca darinya. Sehinggalah pada suatu saat yang tidak dijangkakan, ibunya sudi memaafkannya tapi dengan bersyarat. Dia terpaksa berkahwin dengan kenalan rapat ayahnya. Nur Iman akur dengan kehendak ibunya dan dia juga turut meletakkan syarat. Dia akan berkahwin sekiranya tempoh pertunangannya dilanjutkan sehingga lima tahun.

Selepas lima tahun berlalu, Nur Iman kembali ke tanah air dengan membawa segulung ijazah dan harapan. Harapan supaya tunangnya Mir sudah melupakannya. Dia tidak menyangka yang Mir sanggup menunggunya selama itu walaupun mereka tidak pernah kenal dan berjumpa selama ini. Setiap kali bersua muka, mereka pasti bertengkar walaupun hal yang remeh-temeh. Ibu pula masih lagi melayannya sama seperti dulu.

Hatinya semakin memberontak membuatkan Nur Iman tidak mahu meneruskan perkahwinan ini. Fikirannya bertambah kusut bila ada lelaki lain datang menagih kasih kepadanya. Bagaimana penantian Mir selama ini? Dapatkah mereka bersatu?

April 4, 2012

TIADA DUA ~ NURFAZA ALISYA
RM 23 (BUKU BARU)

Sinopsis:
Kalau dia tu bukan suami awak, habis siapa lelaki tu? Saya tak nak berkahwin dengan perempuan yang dah bersuami. Atau awak ni dah bercerai dan sekarang memakai status janda, macam tu?”

Hati siapa yang tidak terluka apabila diri difitnah dan dihina oleh bakal suami sendiri. Begitulah situasi yang sukar diterima oleh Nurin Syakirah. Bolehkah dia hidup sebagai sepasang suami isteri bersama lelaki yang bernama Faizal Faiz?

Walaupun, cintanya terhadap Norsiah tidak pernah pudar, Faizal tidak mampu untuk menolak jodoh yang sudah ditetapkan oleh ibunya. Demi menjaga hati Hajah Sepiah, dia terpaksa menerima Nurin Syakirah sebagai isterinya dengan rasa berat hati walaupun tahu Nurin bukan gadis baik. Nurin punya hubungan dengan Shamsul sebelum mengahwininya. Lalu dia bersikap dingin dan tak peduli. Hanya di depan keluarga mereka berpura-pura baik.

Pergolakan rumah tangga Nurin dan Faizal semakin berkocak apabila Shamsul tidak berhenti mengejar Nurin untuk mendapatkan cinta gadis itu kembali. Isterinya, Jasmin, langsung tidak dihiraukan. Dan kemunculan Norsiah secara tiba-tiba membuatkan Faizal cuba mendekati wanita yang sudah menjanda itu. Tetapi semakin dia cuba untuk mencintai Norsiah seperti dahulu, wajah Nurin mula terbayang dalam fikirannya. Dia mula cemburu dengan isteri sendiri.

Apakah dia sudah jatuh cinta kepada isterinya kini?