CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

November 30, 2011

Sempena Hari Natal akan datang tidak lama lagi semua novel-novel di bawah ini akan dibagi diskaun 10% dari harga yang tentera mula dari 16.11.11 hingalah 26.12.11.

Sesiapa berminat boleh PM Saya atau SMS saya di talian 0168528442.......
 
Datin Moon oleh Amelly ann Kising - RM8
Pergimu Membawa Luka oleh Norhakimah Mohd Nor (Rhythm) - RM8
Perjalanan Masa oleh Yanafadimah Yahya (Rhythm) - RM5
Titis-Titis Gerimis oleh Ismail Azman Omar (Rhythm) - RM6
Getaran Rindu oleh Norzailina Nordin (Alaf 21) - RM15
Dendam Semalam oleh Zaifuzaman Ahmad (Alaf 21) - RM10
Penghujung Rindu oleh S. Hawa (Alaf 21) - RM8
Semusim Rindu oleh Aleya Anessa (Alaf 21) - RM15
Cinta Najla oleh Shahriah Abdullah (Buku Prima) - RM15
Sinar Kasih oleh Zihasra Aziz (Buku Prima) - RM16
Tak Kuduga oleh Ramlah Rashid (Buku Prima) - RM17
Tarikh Luput Cinta oleh Lynn Dayana (Alaf 21) ~ RM19 - Buku baru
Pasrah Kasih oleh Mazia Harris (Alaf 21) ~ RM17 - Buku Baru
Andai Itu Takdirnya oleh Siti Rosmizan (Buku Prima) ~ RM19
Usai....Aku Terima Nikahnya ~ Umie Nadzimah (Karyaseni) ~ RM20 - SOLD
Rindu Tanpa Kata ~ Ain Marissa (SR Publications) ~ RM25 Buku Baru
Anakmu Anakku Jua ~ Anarif (Kaki Novel) ~ RM23 Buku Baru
Dosa Semalam ~ Adilla Tasha (Kaki Novel) ~ RM20 Buku Baru - SOLD
My Love Is Playgirl ~ Siti Nur Dhuha (Buku Prima) ~ RM28 Buku baru

November 28, 2011

My Love Is Playgirl ~ Siti Nur Dhuha
RM28 (Buku baru) ~ SOLD

Sinopsis:
Puteri Laila merasakan kehadiran Hasrul dalam hidupnya bagaikan satu bala apabila musibah sering menimpanya setiap kali lelaki itu mendekatinya. Kisah gila-gila mereka berterusan apabila Puteri Laila mendapat tahu Hasrul sebenarnya mempunyai pertalian persaudaraan dengannya. 
Megat Kamarulzaman, iaitu ayah Puteri Laila telah jatuh miskin dan mempertanggungjawabkan Hasrul menjaga Puteri Laila. 
Dapatkah Puteri Laila tinggal bersama Hasrul di rumah yang sangat uzur itu? Bagaimana Hasrul menghadapi perangai Puteri Laila yang gila-gila bahasa itu?

"Hei orang miskin, kau dengar sini! Aku akan ingat perbuatan atuk kau tu sampai bila-bila. Dan aku jugak takkan lupa perbuatan kau yang menyimbah air ikan pada badan aku. Aku akan laporkan semua ni pada daddy aku. Daddy aku akan cari kamu berdua dan ajar kamu secukupnya. Daddy aku orang kaya tau, dia boleh buat apa sahaja." - Puteri Laila

Mentang-mentang anak orang kaya, ingat aku takut. Aku pun kaya jugak tau. Aku ada lalang-lalang kat belakan rumah aku tau. Hasrul teringatkan semak belukar di belakang rumahnya. Tak ada duit, ada pokok-pokok kayu pun jadilah. - Hasrul


"Ini cincin yang Rul bagi kepada saya sewaktu dia mlamar saya. Malah dia sudah berjanji nak berkahwin dengan saya dalam masa terdekat ini. Apalah sangat yang Rul boleh harapkan dari isteri seperti awak ni, entahkan mampu memberikan zuriat padanya ataupun tak." - Azia

November 26, 2011

DOSA SEMALAM ~ ADILLA TASHA
RM20 - SOLD
SINOPSIS:
Hanim terbuang dari naungan kasih ayah dan bonda akibat perbuatan keji Ariff yang merogolnya hingga mengandung. Mujurlah ada insan yang sudi menghulurkan tangan, menyambut Hanim dari terus rebah dalam menghadapi dugaan dan cabaran hidup. Di Rumah Kasih Sayang, Hanim membina semula semangatnya yang menghilang.
Kehadiran permata hati mengubat duka, walaupun kelahirannya tidak sah di sisi undang-undang. Kasih dan sayang dicurahkan kepada Aidil, namun ada batasnya.

Enam tahun memperkasakan diri, Ariff tiba-tiba muncul semula lalu mengocak ketenangan hati  Hanim. Hanim tidak betah melarikan diri daripada Ariff kerana tuntutan kerja memaksa mereka untuk bekerja bersama-sama.

Ariff yang sememangnya sedari mula mencintai Hanim cuba untuk menggapai semula kasih Hanim demi menjernihkan suasana. Berjayakah Ariff menghapuskan dosa semalamnya? Akan terbukakah pintu hati Hanim untuk memaafkan Ariff? Bersediakah Ariff memikul tanggungjawabnya sebagai ayah kepada Aidil?

Semuanya bakal terjawab di dalam DOSA SEMALAM….
ANAKNYA ANAKKU JUA ~ ANARIF
RM23 (Buku baru)
Sinopsis:
Apakah perasaan anda sekiranya anda terpaksa memelihara anak bekas kekasih anda? Itulah yang perlu didepani oleh Nisa’. Sudahlah semuanya berlaku dengan sekelip mata, terpaksa pula menghadapi kekasih yang sarat dengan perasaan cemburu dan umi yang sangat tegas lagi garang orangnya. Mujurlah ada abah dan Mala yang menyokongnya.

Daniel tidak boleh menerima kehadiran Hana di antara dirinya dan Nisa’. Padanya, bayangan Badri dalam bentuk Hana menggugat kasih sayang Nisa’ terhadapnya. Tertekan dengan sikap tidak matang Daniel, Nisa’ nekad memutuskan cinta mereka. Dia pasrah dengan kehendak takdir kerana sayangnya pada Hana mula menggebu. Hana adalah keutamaannya.

Tidak mahu kehilangan Hana, Nisa’ ingin menjadikannya anak angkat yang sah. Namun, status bujangnya mengekang proses tersebut daripada berlaku. Nisa’ perlu berkahwin untuk memiliki Hana sepenuhnya. Kehadiran Irfan merupakan penyelamat kepada Nisa’. Harapannya untuk mengambil Hana sebagai anak angkat menjadi cerah. Namun, perkahwinannya dengan Irfan bersyarat. Selepas mereka menikah, mereka akan bercerai. Dan Hana akan kekal berada di bawah jagaannya.

Tetapi rancangan mereka ini harus dirahsiakan, terutamanya daripada pengetahuan umi. Umi masih belum dapat menerima kehadiran Hana sebagai ahli keluarganya.

Rancangan yang diatur berjalan dengan lancar. Nisa’ hampir-hampir boleh menarik nafas lega. Namun, kehadiran Shila yang tidak dialu-alukan oleh Irfan perosak segala-galanya.

Bagaimanakah Nisa’ dan Irfan menyelesaikan kemelut yang mengepung rumah tangga mereka sementelah mereka mula saling menyayangi? Bagaimana pula dengan umi? Bisakah dia menerima Hana sebagai cucunya? Shila… kenapa dia perlu menjadi perosak?
Segala-galanya bakal terjawab di dalam Anaknya Anakku Jua.

November 19, 2011

USAI...... AKU TERIMA NIKAHNYA ~ UMIE NADZIMAH
RM20 - SOLD


SINOPSIS:
Puteri Nur Aina, tidak pernah mengharapkan kehidupan indah di atas pernikahan terpaksanya dengan Iskandar hafiz. Baginya perkahwinan ini adalah penyelamat kepada dirinya yang derita dan dikongkong oleh keluarga angkatnya. Takdir telah menentukan mereka suami isteri telah jatuh cinta dan melalui fasa bahagia alam rumah tangga.

Namun, episod gembira cinta mereka tidak disenangi oleh beberapa pihak yang menyebabkan Iskandar Hafiz amat tertekan. Lalu keputusan yang diambilnya secara tidak sengaja telah menyebabkan Puteri Nur Aina sedih lagi terluka.

Dalam masa yang sama muncul sahabat baik Iskandar Hafiz, Megat Khalif yang telah jatuh cinta pada Puteri Nur Aina pada pandangan pertama lagi, dan sanggup berkorban apa sahaja demi melihat 'puterinya' tersenyum bahagia semula.

Dia tidak berputus asa menunggu sehingga Puteri Nur Aina dapat melupakan Iskandar Hafiz dan menerimanya dengan sepenuh hati. Malangnya, apabila Puteri Nur Aina mula menerimanya, Iskandar Hafiz kembali menagih kasih....

Puteri : "Hadirmu bagaikan seorang wira, menyelamatkan aku dari lembah sengsara, yang mengajar apa itu rasa cinta dan erti perasaan. Namun, yang seorang lagi cukup sempurna, setia mengubati lukaku, sentiasa ada saat aku memerlukan. Tanpamu aku lelah..."

Abang Is : "Kau bukannya yang pertama di hati, namun kaulah perempuan pertama aku nikahi, sehingga lidahku menjadi kelu untuk menyebut nama yang lain, menjadikan hanya dirimu perempuan terakhirku..."

Khalif : " Rasa cinta padamu tidak pernah pudar, walaupun nyawa bercerai dengan badan. Apa yang kuinginkan, hanyalah kebahagiaan dirimu, Puteriku...."

Apakah kesudahan kemelut kisah cinta mereka? Temui jawapan akhirnya dalam Usai.... Aku Terima Nikahnya
RINDU TAMPA KATA ~ AIN MARISSA
RM25 (Buku baru)


SINOPSIS:
Sueraya, gadis lembut yang periang. Walaupun disisih oleh ibu kandung, tidak pernah sebesar zarah pun terbersit dihati untuk membenci ibunya.
Duka membaluti hidup Sueraya, apabila dia lumpuh selepas terjadi satu insiden, hidup ibarat bernyawa tapi tidak berjasad.
Tanpa lafaz dibibir dia reda dan pasrah dengan suratan hidupnya apabila dijodohkan dengan anak orang gajinya, Firrhan.
Firrhan pula hadir dalam hidup Sueraya kerana rasa tanggungjawabnya terhadap kedua ibubapanya. Gadis itu perlu ditolong walaupun dia tidak pernah mengenali gadis itu. Apatah pula secalit rasa cinta pun tidak pernah terputik dihatinya apabila dia diijabkabulkan dengan gadis itu.
Hatinya telah diserahkan kepada gadis lain.. Emilia! Mimpinya selama ini, hanya Emilia yang akan dikahwininya. Hanya Emilia di dalam hatinya kerana dialah CINTA pertamanya. Namun takdir tuhan tiada siapa yang tahu

November 3, 2011


Andai Itu Takdirnya ~ Siti Rosmizah
RM19 - SOLD
Sinopsis:
Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatarbelakangkan keluarga sederhana, dalam diam menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang ternama yang juga merupakan rakan sekuliahnya di universiti di United Kingdom, Syed Adam Aizril. Syed Adam Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis. Limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi. Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri yang pada ketika telah mula ada getaran buat Aleya.

"Salahkah Leya mencari sedikit bahagia? Mengapa Leya tak pernah dapat merasainya? Hina sangatkah Leya sebab beribu dan berbapakan orang miskin? Memang Leya miskan tapi Leya juga jugak ada maruah diri."

Terjadinya suatu perkara yang menyatukan mereka. Tapi kerana terlalu ego, sombong dan mementingkan darjat, begitu hina Aleya dilayan Syed Aizril.

"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."

Kuasa cinta, tiada siapa yang dapat menghalang. Mereka kembali bersatu atas penyesalan Syed Aizril. Ketika ingin menyulam bahagia dan menyemai kasih antara dua hati, munculnya Sharifah Emilin, sepupu kepada Syed Aizril yang membuat onar. Sharifah Emilin yang penuh di hatinya dengan ego, bongkak dan iri hati ingin menunaikan dendamnya pada Aleya yang dianggap merampas Syed Aizril yang konon dianggap sebagai kekasihnya. Namun, di hati Syed Aizril, hanya Aleya yang bertakhta.

"You dengar sini Zril, dendam I tak habis kat sini. I bersumpah, I akan pastikan hidup you musnah...musnah sebagaimana you musnahkan hidup I. I takkan lepaskan you. You tetap akan jadi milik I. I janji Zril, I janji."

Namun, ada kalanya cinta mereka teruji di tengah jalan. Kerana keegoan seorang lelaki yang menuncak, Syed Aizril telah melakukan kekhilafan yang hanya merugikan dirinya sendiri dan hampir-hampir menyebabkan dia kehilangan cinta sucinya.

"Leya jangan tinggalkan abang. Kembalilah sayang, kembalilah. Jangan teruskan perjalanan itu. Berilah abang peluang untuk membahagiakan Leya. Hentikan perjalanan itu sayang, pandanglah ke belakang walaupun cuma seketika."

Salahkah Aleya kerana memilih Syed Aizril dalam hidupnya?

"Namun dia terleka sebentar dengan kebahagiaan palsu yang diciptakan oleh suaminya. Habis manis sepah dibuang. Dia akhirnya menjadi pengemis cinta pada suaminya sendiri. Akhirnya dia telah terluka untuk kedua kalinya tetapi kali ini kelukaannya lebih dalam hingga meragut nyawanya sendiri. Itulah kisah perempuan yang bernama Nur Aleya binti Idris."

Cinta...cinta telah menjadikan Aleya, gadis yang pendiam dan berperibadi sederhana, seorang yang kuat, tabah, tegas dan berani, walau dalam hatinya penuh cinta dan kasih.

"Selama aku miniti liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri ni, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."

Cinta...cinta telah mengubah Syed Aizril yang ego dan sombong kepada seorang yang sangat menghargai cinta dan kasih sayang.

"Leya, abang janji dengan nama ALLAH abang akan menjaga Leya hingga ke nafas yang terakhir. Percayalah sayang. Leya takkan keseorangan lagi. Abang sayang Leya dengan penuh hati abang."