CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

October 30, 2011

AD + IZ ~ EURY ATHENA
RM15 ~ S'wak saja - SOLD
Sinopsis:
Adrianna Mayesa (Ad), si tukang jahit yang rela berkorban demi keluarga tirinya. Walaupun dirinya tidak dihargai dan sering dipergunakan, namun itulah keluarganya semenjak ibunya meninggal dunia. Apatah lagi dia tidak pernah mengenali ayah kandungnya.
Takdir hidup menemukannya dengan Tengku Farriel Izumi (Iz) melalui satu salah faham. Dia yang pada asalnya diupah untuk menyamar sebagai kekasih Iz telah menjadi isteri akibat desakan Nenda Nerrisa. Setelah bergelar suami dan isteri, barulah Iz mengecam Ad, si tomboy yang pernah menjadi seterunya ketika di zaman persekolahan dahulu.
Maka, hiduplah mereka dengan pelbagai syarat dan perjanjian. Masing-masing menyakiti hati masing-masing.
Ad dikehendaki menyambung pelajaran supaya setaraf dengan Iz yang berpelajaran tinggi. Manakala Iz dikehendaki mengurangkan saiz badannya daripada XL kepada M, supaya sepadan digandingkan dengan Ad yang slim.
Setelah menempuh hidup bersama, cinta pun mula memekar di taman hati masing-masing. Ini membuatkan Iz keliru di antara cintanya terhadap Ad atau Marina, pujaan hatinya selama ini.
Kemunculan Tengku Ihsan, sepupu Iz a.k.a. playboy diraja telah mencabar ego Iz sebagai suami Ad kerana Ihsan terang-terangan cuba mencuri hati Ad.
Demi harta, Tengku Faris (papa Iz) tegar berkomplot dengan Mak Cik Midah (emak tiri Ad) untuk memisahkan Ad dan Iz. Dia mahu Iz mengahwini Marina yang berstatus jutawan.
Akibat komplot itu, sebuah rahsia yang tersimpan kemas selama ini pecah jua akhirnya.
Siapakah Ad sebenarnya? Apa kaitannya dengan Ann, cinta pertama Iz? Berjayakah rumah tangga mereka mengharungi segala badai yang mendatang? Semuanya bakal terjawab di dalam AD+IZ.

October 29, 2011

Berita Dari Hati ~ Nurassyi Rashid
RM18 (Buku Baru) - SOLD

Sinopsis:
Zaqyah hampir mengkhianati tali pertunangan dengan Aizzel. Gadis itu menerima lamaran Aizzel bukan atas nama cinta, tetapi kerana rasa kasihan. Lantas, saat dipujuk kekasih lama, Hazali, supaya mengikutnya berkahwin di sempadan, Zaqyah tidak berfikir panjang. Malangnya, kelibat Hazali tidak kunjung tiba di stesen kereta api, lokasi pertemuan seperti yang dijanjikan.

Gadis itu pulang dengan penuh kehampaan dan nekad mengotakan kata setuju yang sudah dilafazkan. Fikirannya menyuruh berlaku waras sedangkan hatinya masih tegar diulit memori indah bersama Hazali. Di gerbang perkahwinan, dia masih tidak mampu membuat pilihan dan akhirnya sengsara itu tetap menunggunya. Aizzel seorang suami yang gagal menterjemah cinta lantaran hati tersiat oleh ego lelaki yang keras seperti konkrit. Zaqyah tertanya-tanya mengapa semua lelaki yang dikenali sering mengecewakan hatinya.
 

October 22, 2011

Baju Pengantin Mak Andam
RM18 ~ SOLD

Sinopsis:
Pertembungan empat mata di antara Aleeya (mak andam ‘terjun’) dan Zain (pengapit pengantin lelaki) telah mengundang sebuah persahabatan yang unik tetapi kelakar.

Aleeya yang bersifat ‘kerek’ tetapi jujur dengan kata-katanya telah berjaya mencuit hati Zain.

Zain cuba untuk membawa hubungan mereka lebih jauh, namun Aleeya ‘blur’. Maka Zain cuba mengikut rentak yang dimainkan oleh Aleeya dengan harapan dapat menjinakkan si pujaan hati.

Tatkala Aleeya mula membuka pintu hatinya untuk menerima Zain, Azizul muncul semula. Hidup Aleeya semakin berserabut apabila Lily, isteri Azizul merayu kepadanya supaya melupakan Azizul, sedangkan Azizul terus-terusan menagih semula cintanya.

Satu insiden yang mencurigakan di antara Aleeya dan Azizul telah menghancurkan kepercayaan Zain terhadap Aleeya. Lalu Zain membawa diri untuk mengubati luka di hati.

Dua tahun mereka terputus hubungan, namun masing-masing separuh gila merindui di antara satu sama lain.

Siapakah yang boleh menyambungkan semula hubungan Aleeya dan Zain? Merasakah mak andam menyarungkan baju pengantin ke badannya? Ikutilah rentetan perjalanan kisah cinta Aleeya dan Zain yang penuh dengan dialog ‘kerek’ dan lucu ini.
GELORA - MA LEE CHUSWAN
RM18 ~ SOLD
Sinopsis:
Adam dijadikan sebagai anak angkat oleh Dato’ Mustaffa setelah ayahnya yang bekerja di syarikat Dato’ Mustaffa terbunuh di dalam satu nahas pesawat. Setelah menganakangkatkan Adam yang ketika itu berusia enam tahun, isteri Dato’ Mustaffa akhirnya mengandung dan melahirkan Mila Nur Adam.

Meningkat dewasa, Adam menjadi orang harapan Dato’ Mustaffa dalam menerajui Firma Perkasa. Adam menjadikan Firma Perkasa sebuah syarikat yang disegani di kalangan ahli-ahi korporat. Malangnya Mila pula merasakan kehadiran Adam membayangi hidupnya.


Jarak umur memisahkan Mila dan Adam. Adam bagakan seorang abang yang sentiasa melindungi dan ingin memastikan adik perempuannya menjadi seorang gadis yang sempurna. Pergerakan dan pergaulan Mila sentiasa dikawal. Sebagai seorang gadis remaja, Mila merasa diri terkongkong apabila setiap kesilapannya sentiasa dihitung oleh Adam. Mila merasa tertindas. Dia merasakan Adam seolah-olah ingin merampas kedudukannya di sisi Dato’ Mustaffa dan semua itu akhirnya melahirkan bibit-bibit kebencian di hatinya terhadap Adam.


Tidak berdaya dan ingin bebas dari cengkaman Adam, Mila menyambung pelajarannya ke luar negara dan hanya kembali selepas lima tahun kemudian. Dia berusaha menyaingi Adam dan menjadi orang baru yang tidak mungkin lagi diperkotak-katikkan oleh Adam. Namun Adam tetap seperti dulu – berkarisma, kental dan sukar digugat. Kegagalan Mila untuk mengatasi Adam dan merampas kembali teraju Firma Perkasa membuatkan perasaan dendam dan rasa bencinya terhadap lelaki itu kian membara.


Tanpa pengetahuan Mila, ayahnya telah merancang untuk menyatukan dia dan Adam di dalam sebuah perkahwinan. Mila membantah, tetapi demi kesihatan ayahnya dan juga kerana ingin mempertahankan haknya daripada jatuh ke tangan Adam, Mila akhirnya rela memperjudikan nasibnya dengan berkahwin dengan Adam yang dianggap bagaikan duri di dalam daging.


Bagi Adam, perkahwinan di antara dia dan Mila umpama mimpi menjadi nyata. Namun rumah tangga mereka bagaikan bahtera yang tidak henti-henti dilanda badai. Mila sentiasa dengan kerenah yang mencengkam perasaan. Tuduhan demi tuduhan dilemparkan. Rasa sangsi dan ketidakpercayaan beraja di hati. Tiada kasih yang disemai di istana mereka. Segalanya gersang. Adam hanyalah suami pada nama. Mengharap kasih bagaikan menunggu buah yang tidak mungkin gugur. Tetapi demi kasih yang terpendam sekian lama, Adam bertahan. Namun kesabaran manusia ada batasnya. Benteng kesabaran Adam akhirnya roboh ditunda Mila. Demi kebahagiaan Mila, Adam mengundur diri dan meninggalkan segala-galanya.

Malangnya setelah kehilangan Adam, barulah Mila menyedari kesilapannya selama ini. Barulah dia sedar bahawa lelaki yang dibencinya selama ini adalah satu-satunya lelaki yang benar-benar mencintainya. Akibat khianat, fitnah dan hasad dengki orang ketiga, dia jadi buta hati. Dia menyesal kerana sikap buruknya selama ini terhadap Adam. Malangnya terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Perasaan cinta yang tiba-tiba saja meluap-luap terhadap Adam kini membakar diri. Tanpa Adam dunianya hambar. Namun sudah terlambat untuknya berpatah balik. Nasi sudah menjadi bubur. Adam yang dituduhnya bersikap tamak, ingin menjulang nama menjadi raja telah pergi sehelai sepinggang….
Sesuci Kasih Seorang Isteri ~ Dzie Tyea
RM18 

Sinopsis:
Dia bukan lelaki yang terbaik, dia sendiri mengakuinya namun entah mengapa Dia Yang Maha Kuasa sudi juga menganugerahkannya isteri semulia dan sesempurna Alishah. Sungguh dia bahagia didampingi bidadari dunia itu. Cintanya mendalam bersama janji setia hanya mahu bersama si dia hingga hujung nyawa namun takdir Tuhan siapalah yang tahu. Cintanya diuji dengan kehadiran insan ketiga yang langsung tidak pernah mendapat cintanya. Ya Allah Ya Rabb, dugaan apakah ini?

Isha,

Walau apa pun yang terjadi, cinta abang hanya untuk sayang. Ampunkan abang kerana menduakanmu. Sesungguhnya manusia cuma mampu merancang, Dia jualah menentukan segalanya.

Sofea,

Hadirmu bukan pintaku. Tolonglah, jelaskanlah segalanya padaku, mengapa kau sanggup memburu cintaku walau kita tidak pernah saling mengenal. Siapa aku sebenarnya padamu?

October 12, 2011

Tajuk : Cahaya Cinta
Pengarang : Aishah Abu Hassan
Mukasurat : 720 Halaman

Harga Beli: RM28.90
Harga Jual: RM27 (Buku Baru) ~ SOLD

Perkahwinan yang bukan atas pilihan hati mengundang penderitaan Anis. Namun begitu, berkat kesabaran dan anak yang dikandungnya telah menguatkan semangat Anis untuk mencintai suaminya, Nizam biarpun lelaki itu tidak pernah membahagiakannya. Kehadiran Rizman, majikan Anis yang kacak dan sentiasa mengambil berat ke atas diri wanita itu telah menggugat perasaannya yang sememangnya dahagakan kasih sayang seorang insan bernama lelaki. Mampukah Anis menahan perasaannya pada Rizman? Adakah Nizam akan berubah menjadi seorang suami yang diimpikan oleh Anis? Cahaya Cinta sebuah kisah yang dapat merungkaikan segala-galanya.

" Suka atau tidak, akak kena terima Abang Nizam seadanya. Lagipun, sekarang ni akak tengah mengandungkan anak dia. Akak yakin, dengan adanya anak ni, hubungan kami akan bertambah erat dan Abang Nizam tak mustahil akan berubah." ~ Anis


"Aku boleh bagi kau duit. Aku dah kerja sekarang ni. Duit aku cukup untuk bayar duit duit bapak kau tu! Duduk rumah! Aku dah bagi kau jaga bapak kau tu pun dah kira baik, dari aku tak bagi langsung! ~ Nizam

"Riz ikhlas mencintai Anis. Kalau boleh, Riz nak jadi papa Aisyah dan.....suami Anis sampai bila - bila." ~ Rizman

"Raz akan terus tunggu Anis. Dalam hidup Raz, Raz tak pernah putus asa dalam hubungan percintaan tapi Raz yang selalu ditinggalkan. Tapi kali ni, Raz tak mahu kehilangan orang yang Raz sayang lagi. Raz akan terus cuba dapatkan Anis. ~ Razman

October 10, 2011

CINTA NAJLA - SHAHRIAH ABDULLAH


Sinopsis:
Najla sedang hamilkan anak sulong Herman, hasil perkahwinannya yang kedua. Najla begitu bahagia, buah epal merah dan segar adalah makanan yang dia paling suka, sepanjang dia hamilkan anak sulong yang mereka impikan selama ini. Herman juga begitu bahagia dan dia tidak sabar-sabar menantikan kelahiran anak mereka.
Ernita muncul setelah Khairy bekas suaminya di tahan polis. Dia kembali kerana ingin membalas dendam. Dia cemburu melihat kebahagiaan yang sedang di kecapi oleh Najla dan Herman, sedangkan dia miskin dan melarat. Kerana Najla juga hidupnya terumbang ambing. Langsung tidak di pedulikan oleh Khairy.
Ernita bercadang ingin meruntuhkan rumahtangga Najla yang sedang bahagia itu... kasih dan cinta Herman terhadap Najla mulai pudar setelah Ernita hadir di dalam hidupnya.
Najla di biarkan terkapai-kapai menanggung perasaan sedih di atas kematian anak yang sedang dikandungnya itu. Herman semenjak bernikah dengan Ernita langsung tidak pernah menjengah... Ernita hamil!
Herman adalah insan yang paling bahagia sekali. Tetapi di mana Ernita sepanjang kehamilannya? Kepulangan Ernita bersama bayi yang bernama Sabrina benar-benar menjadi tanda tanya Herman...Bagaimana dengan Najla? setelah dua tahun di gantung tak bertali, adakah dia sanggup berdiam diri sahaja? Kenapa Herman mulai benci dan muak dengan Ernita? Siapa Sabrina sebenarnya? Siapa pula Zanariah, kenapa dia yang beria-ia benar ingin menjaga Sabrina??
Ikmal hadir di dalam hidup Najla setelah jiwanya menderita selama ini.... Ikmal teringatkan Arwah Isterinya.. wajahnya persis Najla... Apakah kesudahan kisah yang sarat dengan pelbagai konflik dan dendam ini????

October 6, 2011

TAK KUDUGA - RAMLAH RASHID
RM16

Sinopsis:
Kerana mengikut akta hati, siti Atilia telah membawa diri ke Kuala Lumpur.
Kawannya, Suzana berjanji akan menolong Siti Atilia mendptkan pekerjaan di kota
yg penuh mencabar itu. Pada hari yg telah dirancang, Siti Atilia telah
meninggalkan kampung menuju ke Kuala Lumpur.
Malangnya sampai di Kuala Lumpur, Suzana tidak muncul. Berjam-jam lamanya Siti
Atilia menunggu di Pudu Raya. Akhirnya dia bertemu dgn Nayli. Nayli telah
bermurah hati membawanya ke rumah.
Di sini Siti Atilia telah bertemu dgn Marry yg juga menumpang di rumah Nayli.
Marry telah menceritakan kepada Siti Atilia tentang Nayli. Rupa2nya, Nayli
adalah ibu ayam kpd sarang pelacuran.
Siti Atilia berasa serba salah, takut dan menyesal dgn tindakannya itu. apakah
yg terjadi kpd Siti Atilia? dpt kah dia melarikan diri dari sarang pelacuran
itu? Dan apa pula tindakan Nayli?




October 2, 2011

Manuskrip Asal Fauziah Ashari

Sinopsis:


"I datang sini dengan keizinan suami I dan I tak mahu robohkan kepercayaan dia. Hidup kita tetap bermakna walaupun yang dicinta tidak bersama kita. Semuanya ada rahsia tersirat. Semuanya ada sebab pada setiap kejadian. Semuanya ada hikmah apabila Allah beri kita ujian. I isteri orang, jangan ditunggu dan diharap." - Adrina

Terasa dirinya dayus jika melupakan terus deringan itu sebaik naman 'Zul' terpampang di situ. Jelas air mukanya juga dalam keadaan marah. Dia tidak peduli pada titisan air mata Adrina. Sebaliknya tersenyum sinis. - Akid Ajmal

Dia memandang sepi sisinya yang kosong. Dia meraba pembaringan yang sepatutnya milik Akid Ajmal. Dia redha. Dia pasrah tapi tidak dinafikan dirinya parah saat ini. Tidurnya jarang lena lagi sejak peristiwa malang itu. Sesekali igauan-igauan buruk akan muncul menghantui dirinya tetapi dia bersyukur tidak terlalu paranoid. Mungkin kerana dia pengsan ketika pergkhianat durjana itu mejajah tubuhnya. - Nur Fatihah Nabila

" Pada I mencintai seseorang itu adalah dengan memiliki untuk bahagia atau melihat dia bahagia. Kalau perempuan itu amat mencintai kekasihnya, mengapa pila I nak ganggu dia. Tapi, kalau I tahi dia tidak mencintai lelaki itu, pasti I akan rebut." - Zulfaris





HARGA JUAL: RM18 - SOLD
SETIA HUJUNG NYAWA - FATIN NABILA
HARGA JUAL:RM18 ~ SOLD


SINOPSIS:

Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.

Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.