CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

September 25, 2011

Dan Hati Pun Berkata - Nurriez
Harga Jual : RM18 ~ SOLD

Sinopsis:

ADIRRA - Kedegilannya bersebab. Kasih sayangnya sudah dirampas. Jadi jangan salahkan dia kalau dia tidak percaya kepada sesiapa, tetapi dengan Rashdan, kedegilannya mula cair.
"Abang ni, Irra cakap betul-betul, abang main-main pulak."
"Abang pun bukan main-main. Ada Irra nampak abang main-main? Abang cakap benda yang betul. Tiada siapapun yang boleh pisahkan abang daripada Irra kecuali kuasa TUHAN. Dan Irra pun jangan harap dapat lari daripada abang selepas ni."
"Kalau Irra lari jugak?" "Sampai lubang cacing abang cari Irra!" "Irra tak nak masuk lubang cacing!"
"Hisy! Dia pulak yang main-mainkan abang,"


RASHDAN - Dia tidak pernah jatuh cinta. Tetapi sekali dia jatuh cinta, dia sudah jadi orang lain.
"Jadi Irra sudi menjadi kekasih abang?"
"Sudi, tapi bersyarat."
"Eh, tadi kata dah lama sayangkan abang, kenapa tiba-tiba nak kenakan syarat pulak?"
"Yang lama tu sebab Irra seorang saja yang sayang abang, yang baru ni abang pun sayangkan Irra, jadi Irra kenalah letak syarat sikit."
"Hmm, begitu rupanya. Baik, apa syaratnya?"
"Irra nak abang jadi manusia biasa saja."
"Habis selama ni, abang manusia yang luar biasa?"
Kerana cinta mereka memiliki hati masing-masing...
Akukah Snow White Itu? - Lily  Haslina Nasir
Harga Beli: RM20 - SOLD

Sinopsis:
Angan-angan mahu berjumpa putera raja dikuburkan dalam-dalam. Kali ini Lisa mahu berusaha gigih menjaga penampilan. Dia sedar, hati yang putih suci lebih bermakna sekiranya penampilannya lebih berketerampilan. 
Bukankah itu impian setiap gadis?

Namun Lisa masih dibuli  kerana sikap naifnya. Kali ini kehadiran sepupu kepada Farid, Keisya sering mencabar kesabarannya. Seribu satu degaan terpaksa dihadapinya. 
Perangai Keisya benar-benar seperti watak antagonis dongeng Snow White.

Betulkah hanya gadis tinggi lampai dan berkulit seputih salji sahaja yang layak mendapat layanan istimewa di dunia ini?

Apakah Farid juga terpengaruh dengan segala cemuhan keisya kepada Lisa?
Bagi Lisa, biarlah comot asalkan hati lebih putih daripada salju!




----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Akukah Cinderella Itu? - Lily Haslina Nasir 
Harga Beli: 21 - SOLD

Sinopsis:
Lisa adalah gadis biasa. Tiada istimewa pada dirinya. Dia hanya punya angan-angan dan doa. Dia mahu jadi cinderella yang sentiasa punya pari-pari membantunya tatkala dia berada dalam kesusahan. Namun, Lisa tahu itu mustahil. Kuasa tuhan mengatasi segala keajaiban di muka bumi.
Tuhan mendengar doa Lisa. Berkat kejujurannya tatkala bekerja sambilan, dia diberi ganjaran menyambung pengajian di Kolej Universiti Malaysia. Di sana sgala-galanya bermula. Hidup Lisa diduga.
Dia dihambat dan dibuli seorang jejaka yang dipanggil 'anak raksasa'! Mengapa Farid dipanggil anak raksasa? Mengapa pula Farid menggelar Lisa sebagai 'nenek kebayan'?
Itulah terjadi apabila gadis yang biasa-biasa sahaja bertemu dengan jejaka luar biasa!

September 19, 2011

ERTI CINTA - NEKMAH MIRDI
RM15 ( S'wak saja) - SOLD


Sinopsis:

Badruzaman, seorang lelaki yang antiperempuan. Segalanya berpunca dari kisah silamnya. Mamanya telah curang pada papanya sehingga membawa kepada kematian papanya. Untuk menghilangkan tanggapanya itu, Helmi ayah angkatnya telah mengambil Siti Safiah Najwa bekerja di syarikat anak angkatnya itu. Secara kebetulan gadis itu pula antilelaki gara- gara ayah kandungnya yang tidak bertanggungjawab meninggalkan bondanya. Dua insan yang saling benci - membenci ini sering menimbulkan kebimbangan keluarga dan rakan - rakan mereka. Pelbagai usaha dilakukan oleh mereka untuk mengikis sikap antiperempuan dan antilelaki Badruzaman dan Siti Safiah Najwa. Namun kebencian dan keegoan tega bermukim di hati Badruzaman dan Siti Safiah Najwa. Terleraikah kebencian dan keegoan mereka bila hembusan cinta menderu-deru mengetuk pintu hati mereka?
GETARAN RINDU - NORZALINA NORDIN
RM15 (S'wak saja)

Sinopsis:
Mengisahkan perjalanan hidup Izham, seorang jurufoto yang jatuh cinta dengan seorang gadis bernama Fara, seorang pekerja di Perpustakaan Negara. Sebagai jurufoto, kenalan Izham ialah golongan korporat dan VIP. Tanpa disedari, Delia seorang pramugari juga menaruh hati padanya sedangkan dia adalah kekasih gelap Suffian yang juga kenalan Izham. Untuk mengelakkan Delia terus menghampiri Izham, Suffian telah merancang sesuatu dengan Tengku Kamil.

Ketika mereka menghantar Izham ke Venice untuk melakukan satu tugasan, bermacam-macam peristiwa telah berlaku. Adakah taktik Suffian dan Tengku Kamil dapat dibau oleh Izham? Haruskah Izham menerima cinta Delia sedangkan dia dan Fara semakin intim? Kenalan rapat heboh mengatakan Izham telah menghilangkan diri dan ada yang mengatakan dia telah mati. Mengapa perkara ini boleh terjadi? Adakah Izham benar-benar telah mati? Segala-galanya terjawab dalam GETARAN RINDU.
SESUCI CINTA - AINA EMIR
RM12 (S'wak saja) - SOLD

Sinopsis:
Nuraina, gadis biasa yang tidak punya apa-apa. Dia pernah terluka dan kerana itu pelarian adalah satu cara untuk mengembalikan harga diri yang telah dirobek dan dihina. Walau setinggi mana cintanya pada Armand, dia sedar cinta tanpa harta tidak ke mana.

Bertahun lamanya di rantau orang, jauh dari keluarga tercinta, akhirnya apa yang diimpikan jadi nyata. Kepedihan dan kekecewaan terubat dengan kehadiran Behzad yang dapat menerima dia seadanya.

Namun manusia... sehebat mana pun merancang, tapi TUHAN yang menentukan. Lambaian Istana Al-Hambra membawanya ke Andalusia, Sepanyol. Tanpa terduga, dia bertemu kekasih lamanya, Armand.

Pertemuan yang tidak disangka-sangka itu lantas mengetuk hatinya semula. Dia tahu lelaki yang dikasihi itu tidak pernah bersalah. Dialah yang sebenarnya beralah terlalu mudah. Kini dia keliru! Antara kasih dan kasihan. Antara cinta barunya dengan nostalgia cinta pertamanya.

Cuma manusia sering terlupa, realiti tidak seindah mimpi. Cukupkah dengan lafaz cinta sahaja boleh menjanjikan bahagia? Cukupkah..?
PENGHUJUNG RINDU - S. HAWA
RM 8 (S'wak saja)

Sinopsis:
Naluri manusia berkasih sayang, walau bagaimanapun cuba diputuskan... biar disekat dengan tujuh petala langit, namun naluri kasih seorang anak terhadap ibunya tetap kuat terasa.
Farha, gadis yang selama ini mempercayai ketiadaan ibunya sejak bertahun lalu, tidak dpat menahan rasa apabila mengetahui cerita rekaan tersebut palsu belaka. Keputusan dibuat, ibu yang dikatakan telah tiada perlu dicari. Tidak ada siapa yang dapat menahannya. walau
nenek yang selama ini menatangnya sepenuh hati cuba menentang, tapi kuasa kasih sayang... sukar dimengerti.

Lantas Farha menguatkan tekad cuba mencari ibu tercinta. Meski di sudut hati dia tidak begitu meyakini, namun dia berserah pada takdir dan percaya... kuasa kasih sayang adalah kuasa yang akan mengatasi segalanya.
Pertemuannya dgn Adam secara tidak sengaja berjaya merungkai seribu persoalan yang terpendam selama ini. Meski dia sudah bersedia menerima segala kemungkinan, namun banyak perkara yang tidak diduga terpaksa ditempuhinya. Berakhirkah kemarau rindunya atau mungkinkah duka berpanjangan? Dia pasrah menerima segalanya...
DENDAM SEMALAM - ZAIFUZAMAN AHMAD
RM10 (S'wak saja)

Sinopsis:
Fakar sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan diri sendiri. Semakin hari  sifat tamaknya kian meracuni fikiran sehingga terjadinya pakatan membunuh Hartina, isterinya sendiri. Ternyata kerana wang, manusia sanggup butakan mata hati dan hilang pertimbangan diri.

Pembunuhan Hartina diharapkan bakal mengakhiri segalanya. Namun, siapa menyangka... roh Hartina mula mengganggu. Kehidupan Fakar dan teman wanitanya, Dahlia tidak pernah aman. Hari-hari yang dilalui mereka penuh dengan keperitan.


Bagi Hartina, kezaliman perlu dibayar dengan kezaliman. Meski diusir, namun dia tetap `hadirÕ dalam kehidupan Fakar seperti sediakala. Amarahnya tidak pernah sudah selagi Fakar dan teman wanitanya tidak dihapuskan. Ibarat api membakar sekam, dendam itu tak mungkin berakhir malah kian hangat membahang diri.


Namun, terubatkah kecewa Hartina.... terleraikah dendamnya setelah segala rahsia terbongkar? Dan siapakah Hartina sebenarnya? DENDAM SEMALAM... penuh saspens dan mendebarkan!
IMPIAN KASIH - LIZA ZAHIRA 
RM 10 ~ SOLD

 Sinopsis:
SAKITNYA... bila cinta dikhianati. Justeru itu, Hazita melontarkan keinginannya jauh-jauh setelah cinta pertamanya dipersia. Dia tega memaksa hati menjadi sekeras kerikil. Baginya, lelaki usah dipercayai. Lantas... lamaran kasih daripada Hairie, lelaki kedua dipandang sepi. Mulut menidakkan sedang hatinya enggan berdusta. Ternyata, Hazita gagal menepis kehendak rasa. Dia akhirnya terdampar dalam cinta seorang lelaki bernama Amer. Mimpi mereka bersatu dalam melafaz janji setia. Ketika asyik menyulam rindu, muncul e-mel misteri dari Korea. Joo Eun, wanita mualaf mengaku Amer suaminya. Sejak bertahun, lelaki itu pergi tanpa khabar berita. Adakalanya Joo Eun pasrah. Namun, winter sonata yang pernah mereka lalui bersama, menyebabkan dia tidak pernah berhenti mengharap. Kepulangan seorang suami sentiasa didoa menjadi kenyataan, sebelum nafasnya terhenti. Hazita terkedu! Sanggupkah dia menghancurkan kesetiaan wanita itu? Ah, dia nekad, Amer mesti kembali pada yang berhak! Dalam merawat duka, Hairie datang menghulur salam. Janji kasih yang pernah dilafazkan hanya untuk sang ratu hatinya. Akhirnya Hazita akur, cinta itu sebagai rahmat dan nikmat. Dalam pahit bak hempedu, manisnya tetap dirasa.....
AKU MILIKMU - ALEYA ANESSA
RM 12 (S'wak saja)~ SOLD

Sinopsis :
Wairah mempunyai kekasih bernama Aizam.Mereka sudah lama berkawan sejak kecil lagi.Hubungan itu telah diketahui oleh ibunya tetapi ayah Wairah tidak setuju dan minta Wairah memutuskan hubungan dengan Aizam.Pelbagai cara ayahnya lakukan untuk memisahkan mereka hinggalah pada suatu hari Aizam telah ditangkap berkhalwat dengan gadis bernama Lin.Hancur hati Wairah bila mendapat tahu berita itu.Akhirnya,Wairah membuat keputusan untuk ke Kuala Lumpur dan menetap di rumah sepupunya bernama Anisyah.Anisyah telah bertunang dengan Nasir dan Nasir mempunyai seorang kawan karib bernama Ikhmal.Sebaik sahaja,Ikhmal memandang wajah Wairah dia sudah mula tertarik.Namun bagi Wairah,hatinya telah tertutup untuk lelaki.
Pelbagai cara dilakukan oleh Ikhmal untuk memikat hati Wairah dan pada masa yang sama kekasih lamanya,Aizam datang menagih kasih.Seringkali dia menelefon menyatakan hasrat hatinya.Wairah bingung memikirkan.Akhirnya dia membuat keputusan melanjutkan pelajaran ke luar negara tanpa pengetahuan Aizam dan Ikhmal.Biar kedua-duanya tidak dapat.
Setelah 3 tahun menuntut ilmu,Wairah pulang ke tanahair. Kepulangannya disambut oleh seorang lelaki.Sipa lelaki itu???Adakah lelaki itu Adnan,ayah Wairah atau Aizam mahupun Ikhmal?
SEMUSIM RINDU - ALEYA ANESSA
RM15 (S'wak saja) - SOLD

Sinopsis
Di sebalik senyumannya... ada tangisan yang panjang. Keperitan hidup menjadi anak buangan membuatkan Hajar Adira begitu berhati-hati. 15 tahun dia cuba membalut luka tetapi sehingga kini luka itu masih berdarah. Selagi parut itu masih ada, kemaafan untuk mereka mungkin tiada. Dulu Hajar pernah mengemis kasih sayang saudara sendiri, kini kasih itu tidak diperlukan lagi. Cukuplah jiwanya menderita dan zahirnya terseksa...

Benarlah... perasaan itu sememangnya sesuatu yang hidup. Hari ini tiada tapi esok mungkin ada. Hari ini ada, mungkin esok tiada. Tapi Hajar tahu perasaannya pada Ikhman tidak akan sirna sampai bila-bila. Bukan senang untuk dia jatuh cinta! Bila sekali perasaan itu bertapak, tiada apa yang mampu menghilangkan rasa cinta walaupun perasaan dendam pernah berapi di dadanya. Sesungguhnya kemaafan adalah dendam yang terindah...

Sungguh... Hajar rindu pada Ikhman. Tapi dia terlalu takut dilukai hingga tanpa sedar dia sebenarnya melukai hati dan perasaannya sendiri. Mungkin ini suratan yang tertulis dalam lipatan hidupnya. Di saat dia baru belajar bertatih untuk menerima dan memberi Ikhman kasih sayang yang tidak berbelah bahagi, dia dibiarkan terkapai-kapai seorang diri. Dan... yang paling perit dia dituduh menduakan suami sendiri! Inikah balasan ALLAH pada dirinya yang ingkar?

Akhirnya... kata putus harus diambil. Biarpun kasihnya digantung tidak bertali, status sebagai isteri tidak akan sesekali dicemari. Jika perpisahan menjanjikan penyatuan dua hati, dia rela berlari dan terus berlari demi mencari kebahagiaan sendiri. Yang pasti dia tidak mahu menjadi seperti bunga, dihirup madunya kemudian ditinggalkan begitu saja. Apakah Ikhman tahu maksudnya?

September 16, 2011

Atas Nama Cinta - Bikash Nur Idris
RM 21 ( For Sarawak only )
'Cinta ibarat berlianyang mempunyai benih faset. Jernih atau kabur cahayanya bergantung kepada penggosoknya.'

Genelia hanya mahu jauh daripada keluarga, demi cinta. Hafidz hanya mahu menjauh daripada curiga, demi sahabat. Lalu mereka lalukan perkara yg serupa; berbohong. dan, pembohongan itu mencengkam hati mereka lantas dengan nama cinta mereka berikrar, mahu mencipta kenangan demi dibawa bersama. Hanya satu masalah yang timbul: Kenangan akan mengejar lau mereka menjadi tamak, mahu memiliki cinta- sepenuhnya.